
Assalamualaikum dan selamat malam...
Walaupun keletihan seharian di pejabat tetapi ade jer bahan yang nak share dengan korang semua.Tambahan lagi perkara yang akan diutarakan oleh saya ini sangat penting bagi semua yang baru berjinak-jinak dengan kamera DSLR.
Apa yang korang tahu tentang Mode P, S, A, M pada kamera korang ??? Oklah sy nie dok melalut panjang2 pulak kan..Sila la baca bahan yang saya dapat nie.. :)
Mode P-Program, S-Shutter Priority, A-Aperture Priority, M-Manual
Mode2 di atas merupakan mode yang boleh digunakan selain dari Mode Auto...
P adalah terhad yang membolehkan anda mengubah ISO, White Balanced, Size gmbar.
S mode membolehkan fotografer tersebut mengubah Shutter speed dan membiarkan Aperture di kontrol oleh kamera.
A mode membolehkan fotografer tersebut mengubah Aperture mengikut keadaan sekelilingnya seperti untuk menghasilkan DOF-Depth Of Field dan membiarkan Shutter Speed di kontrol oleh kamera
M mode merupakan mode yang membolehkan fotografer mengubah Shutter speed dan Aperture mengikut kehendak fotografer tersebut.
"Semoga berguna kepada kite semua"... :)
Selengkapnya...
Wednesday, March 2, 2011
Kenali Mode P, S, A, M ..
Tuesday, March 1, 2011
Memahami Jenis-jenis Lensa

Assalamualaikum semua, untuk post kali nie saya nak berkongsi dengan anda semua berkenaan Lens ataupun Lensa.Pada mulanya saya sendiri kurang arif berkenaan jenis-jenis lensa ini.Kebetulan saya mendapat satu bahan rujukan yang menyatakan tentang perkara-perkara tersebut.Jadi ape salahnya kita berkongsi ilmu semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.
Lensa dikategorikan kepada Super Wide Angle Lens, Wide Angle Lens, Standard Lens dan Telephoto Lens. Secara umumnya jika lebih kecil angkanya bermakna lebih luas bukaan sudut pandangannya.
Wide Angle Lens merupakan lens yang membolehkan kita mengambil gambar pada sudut yang luas. Standard Lens - Ialah lens yang boleh mengambil gambar mengikut pandangan mata manusia. Telephoto Lens - Ialah lens yang memiliki sudut pandang yang sempit. Ia amat sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang jauh.
Selengkapnya...
Friday, February 25, 2011
Antara Lens dan Flash...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Post kali ni sy nak kongsi dengan rakan-rakan semua berkenaan dengan Lens dan Flash.Ramai antara kita yang mampu mempunyai kedua-dua peralatan diatas dan ada juga yang perlu memilih salah satu saja daripadanya kerana modal yang terhad.So pada pendapat saya la,jika korang mempunyai bajet yang terhad korang beli la flash/speedlite terlebih dahulu.Untuk pengetahuan korang semua,speedlite ini amatlah penting dan membantu kita ketika mengambil gambar indoor walaupun hanya dengan menggunakan kit lens.
Berkenaan dengan lensa pula, mungkin ada antara korang yang mempunyai bajet besar untuk peralatan fotografi, jadi bolehlah korang upgrade lensa korang kepada yang lebih berkualiti… Juga, lensa korang cukup untuk melitupi dari wide ke telephoto… Membeli lensa pada saya pelaburan yang bijak. Ini kerana, harga lensa tidak jatuh secepat harga body camera. Juga, lensa tidak cepat outdated berbanding body camera…
Baiklah setakat nie dulu perkongsian ilmu yang boleh saya ketengahkan..Semoga ianya dapat membantu anda terutamanya bagi yang baru mengenali dunia fotografi.Wsalam..
Selengkapnya...
Thursday, February 24, 2011
Canon EOS 600D and EOS 1100D product walkthrough video
Canon telah memberi nafas baru kepada kamera DSLR mereka dengan mengeluarkan 1100D (pengganti 1000D) dan 600D (menggantikan 550D).Model EOS 1100D mempunyai empat warna iaitu merah, coklat, kelabu dan hitam yang dijual pada harga RM1,999 dengan kit 18-55mm.Manakala EOS 600D mempunyai resolusi 18 megapiksel dengan berat hanya 570 gram dijual pada harga RM2,549 (kerangksa saja).
Harga EOS 600D & EOS 1100D
EOS 1100D (18-55mm IS II): RM1,999
EOS 600D (Body): RM2,549
EOS 600D (18-55mm IS II): RM2,999
EOS 600D (18-135mm IS): RM3,688
Speedlight 270EX II: RM549
Speedlight 320EX: RM799
Selengkapnya...
Tuesday, February 22, 2011
Apa itu DSLR ???
Assalamualaikum..suka saya menyentuh berkenaan apa itu DSLR kerana ramai lagi diluar sana yang mempunyai DSLR Camera tetapi tidak mengetahui apa itu DSLR yang sebenarnya.
DSLR adalah singkatan dari Digital Single-Lens Reflex. Kamera DSLR ertinya kamera digital yang menggunakan tindak balas kanta tunggal secara digital. Jurugambar akan melihat objek yang akan dirakam menerusi bingkai kaca atau biasanya disebut view-finder. Hasil gambar yang akan dirakam sudah semestinya sama dengan apa yang dilihat menerusi view-finder tersebut.
Cahaya yang masuk melalui kanta kamera (1) akan dipaparkan oleh cermin yang dipasang pada posisi condong 45 darjah (2) dan dipantulkan ke matte focusing screen (5). Melalui condensing lens (6) dan dipantulkan di dalam pentaprism (7), gambar objek kemudian akan terus dipaparkan ke kanta mata manusia (8). ketika kita menekan butang shutter(bidik) maka cermin (2) akan melipat ke arah panah, focal plane shutter (3) membuka dan kemudian gambar akan dirakam oleh sensor (4) dan dimasukkan ke processor, gambar kemudian disimpan di media penyimpanan (MMC dan sebagainya).
Pada kamera digital biasa, kita dapat melihat objek yang akan dirakamkan melalui panel LCD. Objek yang akan dirakam belum tentu sama dengan apa yang kita lihat menerusi panel LCD kerana panel LCD tersebut tidak sama dengan kanta mata manusia yang boleh melihat secara lansung keatas objek yang hendak dirakamkan.
Lensa kamera DSLR
Ketika membeli kamera digital biasa, kanta kamera sudah bersatu dengan badan(body) kamera. Pada kamera DSLR, kanta kamera boleh dibuka dan diganti. Oleh sebab itu, ketika membeli kamera DSLR kita akan ditawarkan samada membeli badan(body kameranya sahaja) atau kit(badan kamera + kanta kamera). Ada sesetengah kamera DSLR yang boleh dipasang kanta kamera dari jenama lain, ada juga yang khusus untuk satu jenama sahaja. Ada kamera DSLR yang dilengkapi dengan motor autofocus. Ada juga kamera DSLR yang tidak dilengkapi dengan motor autofocus menyebabkan kita terpaksa fokus secara manual atau membeli kanta kamera bermotor yang biasanya harganya lebih mahal.
Perbandingan Bentuk
Secara fizikal, kamera DSLR memiliki bentuk yang hampir sama walaupun dari jenama yang berbeza. Manakala kamera digital biasa memiliki bentuk yang pelbagai namun biasanya lebih kecil dan kompak jika dibandingkan dengan kamera DSLR.
Contoh kamera digital biasa. Lensanya pendek dan disatukan dengan badan.
Lensanya tidak boleh ditukar ganti.
Contoh Kamera DSLR Nikon D80 dengan kanta panjang.
Kanta tersebut boleh ditukar ganti.
Sudah Faham Apa itu DSLR???
Selengkapnya...
33 Rahsia Asas Fotografi

Assalamualaikum semua, sebagai makluman Noorizam Sabran dah lancarkan Ebook 33 Rahsia Merakam Gambar Terbaik khas untuk beginner yang ingin memahami apa itu fotografi dan cara sebenar merakam detik. Dia menekankan berapa pentingnya mengetahui asas sebelum kita terjun ke bidang yang lebih tinggi atau sesiapa sahaja yang meminati seni fotografi. Ebook ini ditulis dalam bahasa melayu untuk pemahaman semualah.
3 asas utama yang perlu kita tahu tentang foto ialas Shutter Speed, Aperture & ISO. Bila kita dah dapat kuasai 3 asas terpenting ini, maka stabillah gambar yang kita rakam. Banyak lagi asas penting yang ditekankan dari segi pencayahaan, sudut, ruang dan cara merakam.
Ebook ni adalah PERCUMA! Tak ada bayaran apa-apa untuk dapat ilmu asas berguna ni. Untuk muat turun Ebook ni, lawati blog Noorizam Sabran. Semoga Ebook ini dapat menambah lagi pengetahuan semua fotografi diluar sana..
Selengkapnya...
Sunday, February 20, 2011
Picnik Menawan Hatiku..

Picnik.com adalah satu site photo editing yang memberi kemudahan kepada anda untuk mengedit gambar sebelum memaparkannya pada blog. Editing tools yang disediakan juga adalah sangat menarik dan mudah untuk di gunakan. Satu kelebihan yang ada pada site ini ialah, anda tidak perlu untuk mendaftar seperti kebanyakkan site yang lain.
Pelbagai effect disediakan oleh Picnik.com seperti khas seperti Go Pink (menjadikan gambar berwarna anda menjadi merah jambu) dan Focal B&W (memberikan fokus warna pada bahagian yang anda kehendaki, sementara bahagian lainnya pula berwarna hitam dan putih). Pilih Orton-Ish untuk memberikan sentuhan kecantikan kepada gambar anda dan Posterize untuk menjadikan gambar anda seolah-olah dilukis dengan cat air.
Anda juga boleh mengedit gambar supaya menjadi lebih jelas, memotong bahagian gambar yang tidak dikehendaki atau mengecil dan membesarkan gambar. Setelah selesai anda bolehlah save ke hard drive anda.
Selamat Mencuba !!!
Selengkapnya...
Saturday, February 19, 2011
Basic for DSLR Camera
Very Important !!!
Assalamualaikum, kali nie saya nak tekankan berkenaan perkara asas yang perlu kita tahu sebelum mengendalikan DSLR Camera.Ramai yang mampu memiliki DSLR Camera tapi tidak arif tentang perkara asas ini.So sesiapa yang mempunyai DSLR bolehla jadikan post ini sebagai rujukan.
Aperture : Aperture adalah bukaan lens atau kanta. Bukaan ini bertanggungjawab untuk mengawal kuantiti cahaya yang masuk dalam kamera. Semakin besar bukaan (semakin besar aperture / semakin kecil nilai f) semakin banyak cahaya yang dapat masuk ke dalam kamera. Semakin kecil bukaan (semakin kecil aperture / semakin besar nilai f) maka hanya sedikit cahaya yang dapat masuk ke dalam kamera. Aperture juga bertanggungjawab untuk menghasilkan background (kawasan di belakang subjek yang difokus) dan foreground (kawasan di hadapan subjek yang difokus) blur. Semakin besar aperture (semakin kecil nilai f), semakin blur background dan foreground. Semakin kecil aperture (semakin besar nilai f), semakin sharp background dan foreground.
Contoh aperture (nilai f kecil) besar adalah antara f/1.2 – f/2.8, manakala aperture sederhana adalah antara f/4 – f/8 manakala aperture kecil (nilai f besar) adalah antara f/11 – f/32.
Untuk menghasilkan background blur dan foreground blur yang maksimum, aperture yang besar perlu digunakan contohnya antara f/1.2 – f/2.8. Jika aperture yang lebih kecil digunakan kadar background dan foreground blur akan berkurang dan semuanya akan kelihatan lebih sharp.
Dalam keadaan kurang cahaya, aperture besar perlu digunakan supaya lebih banyak cahaya dapat masuk ke dalam kamera supaya shutter speed tidak terlalu rendah untuk kamera mengumpul cahaya dalam masa yang lama untuk mengelakkan kesan blur pada gambar yang disebabkan oleh pergerakan subjek atau tangan yang shaking.
Shutter Speed : Shutter speed adalah jangkamasa shutter kamera dbuka untuk membenarkan cahaya sampai ke sensor untuk sensor mengumpul cahaya. Terdapat beberapa peranan shutter speed yang utama iaitu untuk mengawal jangkamasa sensor terdedah kepada cahaya (untuk menghasilkan gambar yang elok dari segi dedahan iaitu tidak terlalu cerah atau terlalu gelap). Semakin tingi shutter speed (semakin singkat masa dedahan), semakin sedikit cahaya dapat dikumpul. Semakin rendah shutter speed (semakin lama masa dedahan), semakin banyak cahaya dapat dikumpul. Ianya boleh diibaratkan baldi (sensor) untuk mengumpul air hujan (cahaya). Semakin lama terdedah kepada air hujan (cahaya), semakin banyak ar di dalam baldi (semakin banyak cahaya dikumpul di sensor dan semakin cerah gambar). Shutter speed yang tinggi juga boleh digunakan untuk membekukan (freeze) pergerakan, contohnya orang yang berjalan akan kelihatan terhenti dan sebagainya. Shutter speed yang rendah akan menyebabkan kesan blur apabila terdapat sebarang pergerakan sama ada pergerakan subjek atau shaking pada tangan semasa mengambil gambar.Pada DSLR Nikon nilai shutter speed akan dipaparkan pada LCD. Jika nilai yang dipaparkan adalah xxxx maka nilainya adalah 1/xxxx saat. Jika nilainya adalah xx” maka nilainya adalah xx saat.
ISO : ISO adalah kemampuan sensor kamera untuk boost kekuatan signal dari sensor untuk menaikkan sensitiviti sensor terhadap cahaya. Semakin tinggi ISO semakin sensitif sensor itu terhadap cahaya dan seterusnya tidak memerlukan shutter speed yang rendah untuk menghasilkan gambar yang bagus dan seterusnya mengurangkan risiko gambar blur disebabkan shaking pketika mengambil gambar pada shutter speed rendah. Dari sudut positif ISO yang tinggi bagus digunakan ketika dalam keadaan kurang cahaya untuk menghasilkan gambar yang elok tanpa kesan blur. Namun dari sudut negatifnya penggunaan ISO yang tinggi akan menyebabkan kesan noise dalam gambar iaitu gambar kelihatan berbintik – bintik. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan kualiti gambar. Jadi jika boleh pastikan penggunaan ISO yang serendah mungkin sesuai dengan keadaan semasa.
Jadi apakah hubungan antara ketiga – tiga pembolehubah (aperture, shutter speed & ISO) ini? :
Ketiga – tiganya memainkan peranan untuk menghasilkan gambar yang tepat dan elok dari segi dedahan iaitu tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Jika aperture yang digunakan adalah kecil iaitu bukaan cahaya yang kecil maka shutter speed yang lebih rendah akan digunakan untuk mengumpul cahaya supaya cukup untuk menghasilkan gambar yang elok. Jika kita tidak ingin mengubah shutter speed kepada lebih rendah maka kita boleh tambahkan ISO supaya lebih sensitive kepada cahaya. Begitulah kaitannya.
Jika anda mampu menguasai ketiga – tiganya insyaAllah anda dapat menghasikan gambar mengikut kreativiti anda. Harap – harap lepas ni tak ada lagi orang yang bertanyakan saya soalan yang sama berulang – ulang kali berkenaan perkara ini sebab dah berpuluh – puluh orang bertanyakan benda yang sama jadi saya agak tertekan sedangkan saya dah kongsikan pasal perkara ni dalam beberapa post lepas. Yang penting baca buku manual dulu. Sebenarnya dalam buku manual tu terangkan dengan lebih jelas dari penjelasan saya di sini. Cuma ramai yang malas dan tak nakbaca buku manual, katanya susah sebab bahasa Inggeris la apa la, saya pun dulu rujuk satu persatu dalam kamus semasa baca buku manual. Sebab bila kita bersusah payah mendapatkannya kita akan menghargainya dan akan lebih ingat.
Tips penting :
1) Baca buku manual!! Jangan malas nak baca, ramai tanya saya berkenaan benda ni tapi bila tanya ada yang jawab tak faham la ape la, cuba fahami sendiri, nanti banyak kali baca akan faham la. Satu lagi jangan baca je buku manual, pegang kamera sekali supaya boleh cuba terus ape yang buku manual tu terangkan. Baca buku manual.. Baca buku manual.. Baa buku manual.. Tu penting. Sebab kalau anda dah faham buku manual anda tak perlu dah tanye saya sebab dalam tu dah ada segalanya.
2) Cuba sendiri.. Apa salahnya anda cuba dulu sendiri. Ramai orang tak cuba lagi tapi terus tanya saya apa cara nak hasilkan gambar macam tu dan macam ni. Bila anda cuba sendiri makin lama anda akan dapat konsep asasnya. Kene yakin dengan diri sendiri.
3) Jangan sangka anda nak hasilkan gambar yang superb dengan beberapa kali ambik gambar. Betul. Ramai orang yang kecewa sebab terlalu menaruh harapan yang tingi untuk menghasilkan gambar yang superb. Kiranya setiap gambar yang diambil adalah bagus dan superb. Kalau anda nak tau saya lagi la teruk, dulu men ambik je gambar, tak kira la gambar tu gambar ape. Lama – lama baru saya tau sikit2 gambar macam mana yang bagus dan macam mana yang tak bagus, dan ape yang buat gambar tu adi bagus dan tak bagus. Tak ada orang ajar saya sebab memang tak ada orang nak ajar, semua buat – buat sombong sebab guna kamera mahal. Saya belaar sendiri jugak macam anda semua. Biasalah gambar – gambar awal tak bagus. Nanti bila lama – lama kita akan fine tune sendiri supaya gambar tu jadi superb. Saya start ambik gambar guna kamera compact dari tahun 2002. 8 tahun tu untuk jadi macam sekarang. Takkan la anda yang baru beli kamera baru beberapa bulan dah berharap nak hasilkan gambar macam saya. Saya pun sama macam anda masa baru beli kamera. Macam orang buta, merata2 cari ubat… Last2 jumpe satu persatu.. Yang penting jangan putus asa, memang dah jadi kelaziman gambar pada perngkat awal kurang menjadi… Lama – lama tengoklah nanti, memang confirm anda jadi superb dari saya dan photographer lain. Yang penting jangan putus asa dan yakin dengan diri sendiri.
4) Cuba cari dalam buku manual macam mana nak guna mode P, A, S dan M. Bila anda dah kuasai tu terutama A dan M, dan ditambah lagi dengan penggunaan Aperture, Shutter Speed dan ISO insyaAllah nanti sekejap je anda boleh hasilkan gambar yang bagus – bagus.
*Semoga informasi ini berguna untuk kita bersama..
Selengkapnya...